Khamis, 10 Februari 2011

Siri 2: Mulianya Pekerti Mu Ya Rasulullah

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia  itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.

Namun setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan  agar  tidak mendekati orang yang bernama Muhammad.

Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Rasulullah SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku (Muhammad) yang belum aku kerjakan?". Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai Ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a  mendatangi pengemis  itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan!, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu, "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku dengan lembut", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun ikut menangis, kemudian berkata, "Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Rabu, 9 Februari 2011

Siri 1: Mulianya Pekerti Mu Ya Rasulullah

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya.

"Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW adalah qudwah (teladan) buat seluruh makhluk di dunia ini. Saidatina Aisyah pernah berkata” Rasulullah SAW adalah Al Quran yang hidup..”

Ya Allah,berilah kami rezeki supaya dapat mengikut akhlak Rasulullah saw dari awal hingga akhir, zahir dan batin,perkataan dan amal solehnya dengan rahmatMu Ya Allah.. Wahai Tuhan Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani..Aminn..

Begitulah mulianya akhlak Baginda saw.. kadang-kala diri sering terlepas pandang dalam perkara seperti ini.. menganggap mudah dan remeh dalam sesetengah perkara.. tetapi akhlak baginda saw begitu lembut dan halus kepada semua insan..apatah lagi mereka yang dianggap mad'u. Moga kita semua direzekikan untuk memilikki akhlak dan qudwah sebaik Rasulullah saw..InsyaAllah..

Khamis, 14 Oktober 2010

SIAPAKAH YANG SEBENAR-BENARNYA BERIMAN

Tajuk ini telah saya munaqasyahkan kepada jemaah masjid di Qaryah Tebuk Panchur. Bukan untuk saya membuka gelanggang bagi membandingkan iman saya dengan iman orang lain. Atau untuk melihat perbezaan iman antara seseorang dengan orang lain.

Tapi ia sebagai satu tanda ukur bagi seseorang muslim. Tanya diri kita masing-masing: benarkah kita ini benar-benar muslim yang telah beriman dengan keimanan yang sebenarnya? Jangan sekali-kali kita  menjawab soalan ini. Memang kita tak layak untuk menjawab soalan ini. Allah ada berfirman dalam al Quran yang melarang kita mengakui bahawa kita ini golongan yang telah beriman. Tetapi memadalah kita hanya mengakui bahawa kita ini seorang Islam dan berusaha untuk melaksanakan tuntutan keimanan itu dengan seikhlasnya.