Andai Nabi Muhammad s.a.w itu di hatimu, perbanyakkanlah selawat dan salam ke atas baginda s.a.w. Ayuh berselawat, hidup penuh berkat, di akhirat mudah-mudahan selamat.
Rabu, 23 Januari 2013
Jumaat, 11 Januari 2013
Sambutan Kelahiran Nabi SAW
MAULID
berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada
kelahiran bayi.
Namun
dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad
iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.
Sejarah
ringkas
Sambutan
Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya
secara besar-besaran.
Mereka
bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan
ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.
Walau
bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas
perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah
seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.
Ia
berhenti diraikan sehingga Al-Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan.
Apabila
kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi
dihentikan. Namun
begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara
tertutup.
Pada
Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen 'Ali- Ibn
Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.
Muzafar
yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul
hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan
pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.
Setiap
kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah
yang telah didirikan.
Hujah
membolehkan Maulidur Rasul
Antara
ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan
Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.
Imam
Jalaluddin Sayuti:
"Ibadat
macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya
kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan
dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".
Sheikh
Dr. Yusuf al Qaradawi: "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat
Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.
"Ini
kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah
dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga
ingatan.
"Sa'd
bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan
mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka
mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.
"Oleh
kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak
perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.
"Bagaimanapun,
generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan
kesannya. "Dengan
itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika
Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna
meraikan hari kelahiran Islam.
"Maka
dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan
perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang
menceritakan akan sejarah Islam".
Antara
dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:
1)
Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad
saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang
diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A'raf: 157)
Keterangan:
Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk
dalam umum ayat tersebut.
2)
Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.
(Ibrahim: 5)
Keterangan:
Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW,
sesungguhnya baginda menafsirkan 'hari-hari Allah' adalah hari-hari nikmat dan
kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya
"kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar".
3)
Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi
berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada
orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab
mereka: "Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan
pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada
Tuhan".
Maka
Nabi berkata: "Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu".
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu
Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata,
bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur
memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya
hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.
-
Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan
puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.
Khamis, 1 November 2012
Sayang Dan Rindu Pada Rasulullah
Pernah suatu malam Rasulullah mendengar suara beberapa orang
di luar kamarnya, Rasulullah menegur: “Kenapa kalian berkumpul di sini?” lalu
mereka menjawab: “Ya Rasulullah, kami tidak sanggup tidur risau ketika kami
tidur nanti, orang-orang kafir datang dan membunuhmu.” Mereka sukarela menjadi
penjaga Rasulullah Saw, datang sendiri, tidak dibayar. Tetapi Rasulullah Saw
mengatakan, “Tidak, Allah melindungi aku, pulanglah kamu ke
tempat kamu masing-masing.”
Ada seorang pedagang minyak wangi, di Madinah. Setiap kali
pergi ke pasar, dia singgah dulu ke rumah Rasulullah Saw, dia tunggu sampai
Rasulullah keluar. Setelah Rasulullah keluar, dia hanya mengucapkan salam lalu
memandang Rasulullah saja, setelah puas dia pergi. Suatu saat setelah dia
bertemu Rasululllah dia pergi, lalu tak lama kemudian balik lagi dari pasar dan
dia datang kepada Rasulullah Saw dan meminta izin, “Saya ingin melihat engkau
ya Rasulullah, kerana saya takut tidak sanggup melihat engkau setelah ini.” Dan
Rasulullah mengizinkannya.
Kemudian, setelah kejadian itu Rasulullah tidak pernah
melihat lagi tukang minyak wangi itu. Disuruhnya sahabatnya pergi melihat,
ternyata ia sudah meninggal dunia tidak lama setelah dia pergi memandang wajah
Rasulullah Saw itu. Lalu kata Rasulullah Saw: “Kecintaannya kepadaku akan
menyelamatkan dia di hari akhirat.”
Ada lagi seorang sahabat Rasulullah bernama Abu Ayyub
Al-Anshari. Ketika Rasulullah hijrah ke Madinah, beliau beristirahat dahulu di
pinggiran kota menginap di rumah Abu Ayyub Al-Anshari. Rumahnya itu dua
tingkat, Abu Ayyub dan istrinya di tingkat atas dan Rasulullah Saw di bawah.
Pada malam hari Abu Ayub dan istrinya tidak sanggup tidur karena mereka takut
menggerakkan tubuhnya, semua terbujur seperti sebongkah kayu menahan dirinya
untuk tidak bergerak. Mereka takut kalau bergerak, nanti debu-debu dari atas
itu berjatuhan kepada Rasulullah. Setelah Rasulullah mengetahui hal itu, beliau
sangat terharu lalu kepada Abu Ayub diajarkan sebuah doa sebagai penghargaan
beliau atas cinta yang tulus dari Abu Ayub.
Dalam perang Uhud, ketika kaki Rasulullah terluka, ada
seorang sahabat melihatnya lalu mengejar Rasulullah. Dia pegang kaki itu lalu
dia bersihkan luka itu dengan jilatannya. Rasulullah terperanjat lalu berkata,
“Lepaskan! Lepaskan!” Sahabat itu berkata: “Tidak Ya Rasulullah, aku tidak akan
melepaskannya sampai luka ini kering!”
Ada lagi seorang sahabat, yang setelah Rasulullah meninggal
dunia, membanggakan mulutnya yang tidak ada gigi lagi. Saat perang Uhud itu
juga, Rasulullah cedera karena rantai pelindung kepalanya menusuk pipinya. Lalu
seorang sahabat menarik rantai itu dengan giginya, tapi sebelum rantai itu
keluar, seluruh giginya patah. Dia bangga bahwa giginya itu berjatuhan kerana
membela Rasulullah yang dicintainya. Sehingga menjadi satu kebahagiaan
tersendiri.
Ada satu contoh lagi kecintaan orang kepada Rasulullah Saw.
Menjelang suatu peperangan, Rasulullah sedang membariskan pasukannya karena
Rasulullah selalu merapikan barisan pasukannya.
Ternyata ada seorang sahabat,
mungkin karena perutnya terlalu besar, selalu perutnya itu berada di luar
barisan. Kemudian Rasulullah lewat dan memukul perutnya itu agar dirapikan
dengan barisan. Lalu sahabat itu memandang Rasulullah dan berkata: “Engkau
diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?” Lalu
Rasulullah turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru:
“Pukulah aku! Sebagai qisas atas kesalahanku.” Kemudian orang itu berkata:
“Tapi engkau pukul langsung kepada kulit perutku.” Lalu Rasulullah segera
membuka pakaiannya, tiba-tiba sahabat itu memeluk Rasulullah dan mencium
perutnya. Rasulullah terperanjat dan berkata: “Ada apa denganmu?” Sahabat itu
menjawab: “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, mungkin ini adalah
saat terakhir perjumpaanku denganmu. Saya ingin sebelum meninggal dunia, sempat
mencium perutmu yang mulia ini.”
Dan sahabat itu kemudian gugur di medan perang setelah
mencium perut Rasulullah Saw. Rupanya ini hanya strategi dia agar sanggup
mencium perut Rasulullah Saw.
Kelak, setelah Rasulullah meninggal dunia, kecintaan para
sahabat itu diungkapkan dengan kerinduan yang luar biasa kepada Rasulullah Saw.
Bilal yang selalu azan semasa hidup Rasulullah tidak mahu
azan lagi setelah wafat Rasulullah kerana Bilal tidak sanggup mengucapkan
“Asyhadu anna Muhammad Rasululah” kerana ada kata-kata Muhammad di situ. Tapi
kerana desakan Sayyidah Fatimah yang saat itu rindu mendengar suara azan Bilal,
dan mengingatkan beliau akan ayahnya. Bilal akhirnya dengan berat hati mahu
melaungkan azan. Saat itu waktu Subuh, dan ketika Bilal sampai pada kalimat
Asyhadu anna Muhammad Rasulullah, Bilal tidak sanggup meneruskannya, dia
berhenti dan menangis terisak-isak. Dia turun dari mimbar dan minta izin pada
Sayyidah Fatimah untuk tidak lagi membaca azan karena tidak sanggup
menyelesaikannya hingga akhir. Ketika Bilal berhenti saat azan itu, seluruh
Madinah syahdu kerinduan kerana tangisan kerinduan akan Rasulullah Saw
Begitu Indah Begitu sayang, Begitu Rindu mereka akan
Rasulullah, mari mengamalkan Sunnah Baginda, ikut syariat baginda, Semoga Allah
pertemukan kita akan Rahsia bagaimana para sahabat begitu sayangkan Rasulullah,
Begitu Cintakan Rasulullah, Begitu Setia pada Rasulullah saw. Sayangilah Rasulullah
melebihi dunia dan isinya, hadiri majlis Maulid untuk sebagai mengekspresikan
cinta kita pada Baginda, Semua Panji akan Terkubur kecuali panji Rasulullah.
TAKBIR!!!!!!!!!!
Langgan:
Catatan (Atom)


