Selasa, 16 Oktober 2012

Seandainya Kita Berada Di Saat-saat Itu..

Ali bin Abi Talib r.a. berkata: "Setelah turun Surah Idza ja'anashrullahi wal fath, baginda Rasulullah SAW ketika itu sedang sakit, dalam sakit itu baginda Rasulullah SAW keluar dengan kepala yang diikat iaitu pada hari Khamis, beliau memasuki masjid lalu naik ke atas mimbar dan beliau duduk di atas mimbar.

Muka baginda Rasulullah SAW yang pucat dan dengan mata yang mengalirkan air mata, baginda Rasulullah SAW pun memanggil Bilal bin Rabah dan menyuruh Bilal berseru di Madinah bagi mengumpulkan orang ramai bagi mendengar wasiat baginda Rasulullah SAW yang terakhir.

Apabila Bilal melaksanakan seperti yang diperintahkan oleh baginda SAW, maka berkumpul lah semua penduduk Kota Makkah yang terdiri dari budak-budak, orang dewasa lelaki dan perempuan. Kesemua mereka keluar dengan terbuka dan begitu juga dengan pasar menjadi kosong. Bersesaklah masjid sehingga penuh. Kemudian baginda Rasulullah SAW berkata kepada para jemaah: "Berilah peluang kepada orang-orang yang di belakang supaya masuk ke dalam."

     Setelah itu baginda Rasulullah SAW pun bangun berdiri sambil menangis beliau mengucap: "انا لله وانا اليه راجعون." Baginda Rasulullah SAW bersyukur kepada Allah SWT sebagaimana lazimnya dan membaca selawat utk semua nabi dan diri baginda sendiri.

     Selepas itu baginda SAW pun bersabda : "Sesungguhnya aku Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim dari bangsa Arab Makkah dan tiada nabi sesudah aku, wahai semua manusia dengarlah bahawasanya diriku telah diberitakan akan mati, dan telah terlalu dekat akan meninggalkan dunia ini, dan aku juga telah rindu kepada Tuhanku, dan sedihnya aku meninggalkan umatku. Apakah yang akan mereka katakan pula sepeninggalanku, Ya Allah selamatkan,selamatkan."

     Sabda baginda Rasulullah SAW : "Wahai sekalian manusia dengarlah wasiat terakhirku kepada kamu semua dan ingat-ingatlah serta sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir kerana ini adalah wasiatku yang terakhir. Wahai manusia, Allah SWT telah menjelaskan kepada kamu semua dalam kitab al-Quran yang diturunkannya tentang yang halal dan yang haram, yang harus kamu semua lakukan dan yang harus kamu semua tinggalkan, oleh itu hendaklah kamu semua gunakan yang halal dan tinggalkan yang sama sekali haram dan percayalah pada yang musyabih dan lakukalah yang muhkam (tegas) dan jadikan ia sebagai peringatanmu yang berupa contoh-contoh itu."

     Setelah itu Rasulullah SAW memandang ke langit sambil berkata : "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menyampaikan maka saksikanlah."

     Bersabda Rasulullah SAW lagi : "Wahai manusia awaslah kamu dari hawa nafsu yang sesat yang menyesatkan yang jauh dari tuntutan rahmat Allah SWT dan syurga bahkan ianya dekat kepada neraka. Oleh itu hendaklah kamu semua menjaga jama'ah (kumpulan) dan hendaklah istiqamah (tetap jujur dan lurus) kerana ini akan mendekatkan diri kepada Allah dan syurga dan yang menjauhkan dari api neraka. Sabda baginda SAW lagi : "Ya Allah, aku telah menyampaikan. Wahai manusia, takutlah kamu kepada Allah, takutlah kamu kepada Allah dalam menjaga agama dan amanat yang telah diamanatkan kepada kamu. Takutlah kepada Allah. Takutlah kepada Allah dalam memelihara hamba-hambamu, hendaklah kamu memberi mereka makan dari apa yang kamu makan, begitu juga dengan pakaian, hendaklah kamu memberi mereka pakaian dari apa yang kamu pakai dan janganlah kamu memaksa mereka melakukan sesuatuyang mereka tidak kuat untuk melakukan, kerana mereka itu juga dijadikan dari daging dan darah, yakni makhluk yang sama dengan kamu. Dan ingatlah mereka yang aniaya pada mereka (hamba-hambamu) maka akulah lawannya pada hari Kiamat nanti dan Allah SAW hakimnya."

     Baginda SAW menyambung lagi : "Takutlah kamu kepada kepada Allah dalam memelihara isteri, tepatilah mahar yang telah kamu janjikan pada mereka dan jangan menganiaya mereka, nescaya kamu akan diharamkan dari hasanat-hasanatmu pada hari Kiamat. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia hendaklah kamu menjaga dirimu dann keluargamu dari api neraka, dan hendaklah kamu mengajar mereka akhlak sopan santun, sebab mereka itu adalah bagai orang tawananmu dan amanat. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia patuhlah pada pemerintahmu dan jangan menentang mereka meskipun dari keturunan Habasyi yang terpotong hidungnya, sebab yang patuh pada amir itu beerti taat kepadaku, dan sesiapa yang taat kepadaku beerti taat kepada Allah, dan sesiapa yang menentang mereka beerti menentang aku, dan mereka yang menentang aku beerti maksiat kepada Allah. Ingatlah jangan keluar dari mereka, dan jangan memutuskan janji-janjimu pada mereka, ingatlah saya telah menyampaikan."

     Rasulullah SAW menyambung lagi : "Wahai manusia, hendaklah kamu cinta kepada keluargaku, ahli-ahli Qur'an dan para ulama-ulamamu, jangan sekali-kali kamu membenci atau hasad dengki pada mereka, jangan kamu menghina mereka, ingatlah sesiapa yang cinta pada mereka beerti cinta kepadaku dan sesiapa cinta kepadaku, maka Allah cinta kepadanya, dan sesiapa yang membenci pada mereka bererti membenci padaku, dan sesiapa yang benci padaku maka benci pada Allah. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia jagalah solat lima waktu dengan menyempurnakan wudhunya dan menyempurnakan ruku', sujudnya. Wahai manusia keluarkanlah zakat hartamu, ingatlah sesiapa yang tidak mahu mengeluarkan zakat maka tidak dikira (anggap) solatnya, dan siapa yang tidak dikira (anggap) solatnya, maka dia tidak beragama, dan tidak dikira puasa dan hajinya dan juga jihadnya. Ya Allah saya telah menyampaikan."

     Sabda Rasulullah SAW lagi : Wahai manusia sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan haji keatas orang yang berkuasa perjalanannya dan sesiapa yang tidak mahu melaksanakannya maka bolehlah dia pilih apakah dia akan mati seperti Yahudi atau Nasrani atau Majusi kecuali yang uzur kerana penyakit atau kerana raja yang zalim. Ingatlah bahawa mereka tidak akan mendapat syafaatku dan tidak akan minum dari telagaku. Ingatlah sayan telah menyampaikan. Wahai manusia sesungguhnya Allah SWT akan mengumpulkan kamu semua pada hari Kiamat disuatu lapangan dalam kedudukan yang sangat berat, mengerikan, pada hari yang tidak berguna harta atau anak buah, kecuali orang yang menghadap kepada Allah dengan hati yang suci bersih dari syirik, ingatlah saya telah menyampaikan."

     Rasulullah SAW bersabda lagi : "Wahai manusia, jagalah lidah kamu, keluarkan airmata kamu, tundukkan hatimu dan letihkanlah badanmu serta berjihadlah melawan musuhmu, makmurkanlah masjidmu dan ikhlaskan imanmu. Nasihatlah teman-temanmu, berbuatlah kebaikan untuk dirimu dan jagalah kemaluanmu, bersedekahlah dari hartamu, jangan hasut-menghasut nescaya akan hilang hasanatmu (pahala), jangan ghibah (mengumpat) nescaya binasa kamu. Ingatlah saya telah menyampaikan. Wahai manusia berusahalah kamu dalam memerdekakan budak-budakmu (hamba-hamba), dan berbuatlah kebaikan untuk kekuranganmu dan hajatmu. Wahai manusia jangan menganiaya, sebab Allah sendiri yang akan menuntut terhadap siapa yang menganiaya, dan kamu juga yang akan menanggung perhitunganmu dan kepada Allah kamu akan kembali, Allah tidak rela jika kamu melakukan maksiat. Wahai manusia sesungguhnya sesiapa yang berbuat kebaikan maka untungnya itu adalah untuknya sendiri, dan sekiranya sesiapa melakukan kejahatan maka kejahatan itu akan ditanggungnya sendiri dan Allah tidak akan menganiaya pada hamba-hambaNya, oleh itu jagalah dirimu dan hari dimana kamu dihadapkan kepada Allah, dimana setiap orang akan dibalas atas segala amal usahanya dan mereka tidak akan dianiaya.

     Akhir sekali baginda Rasulullah SAW bersabda : "Wahai manusia sesungguhnya aku akan menghadap Allah SWT dan aku telah diberitahu akan kedatangan kematianku, maka aku serahkan kamu semua kepada Allah iaitu agama dan amanatmu. Wassalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh."

     Setelah selesai sabdaan baginda maka baginda SAW pun turun dari mimbar dan terus masuk kedalam rumah dan tidak keluar lagi selepas itu.

Wallahu A'lam

(Di adaptasi dari penulis Salman Al-Farisi)

Isnin, 14 Mei 2012

Siri 1: Cintanya Kepada Umat Akhir Ini


Dalam sebuah riwayat hadith... dikisahkan.....ketika itu Nabi Muhammad SAW sdg duduk bersama para sahabat diantaranya Saidina Umar, Osman, Ali, Abu Bakar dan lainnya... lalu kemudian baginda bertanya pada para sahabat..

"wahai sahabatku, tahukah kalian, siapakah hamba Allah yg mulia di sisi Nya..." para sahabat terdiam.. lalu kemudian salah seorang sahabat mengatakan..."para malaikat ya Rasulullah.. merekalah yg mulia.."

Baginda berkata, "ya para malaikat itu mulia... kerna mereka dekat dgn Allah... mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah...sudah tentu malaikat mulia, tapi... bukan itu yg ku maksudkan.."

lalu kemudian para sahabat kembali terdiam... tiba-tiba seorang sahabat pula berkata... '" tentulah para Nabi itu mulia ya Rasulullah..."

Nabi Muhammad tersenyum dan berkata, "ya, para Nabi itu mulia... mereka adalah utusan dari Allah.. sudah tentu mereka mulia... tapi ada lagi yang lainnya.." para sahabat terdiam lagi.... lalu bertanya, "siapa lagi yg mulia???" lalu seorang lagi sahabat bertanya, "apakah kami sahabatmu ya Rasulullah yg mulia itu..?"

Baginda memandang wajah sahabat satu persatu dgn penuh kasih sayang... baginda tersenyum melihat mereka.. lalu berkata, "tentulah kalian mulia.. kalian dekat denganku malah kalian membantu perjuanganku, bagaimana mungkin kalian tidak mulia.. tentulah kalian mulia... tapi.. ada lagi lain yang mulia..."

Para sahabat terdiam semuanya... mereka tak mampu berkata apa-apa lagi.. lalu.. bayangkan, tiba-tiba Baginda Nabi Muhammad SAW merundukkan wajahnya, bayangkan tiba-tiba Nabi Muhammad SAW menangis dihadapan para sahabatnya..

Penuh sayu para sahabat pun tertanya, "kenapa kau menangis ya Rasulullah.." lalu bayangkan Baginda mengangkat wajahnya kelihatan air mata yang berlinangan membasahi pipi dan janggut Baginda dan berkata... "wahai saudaraku sahabatku, tahukah kalian siapa yg mulia itu?..mereka adalah manusia yang akan lahir lama selepas wafatku nanti..." "mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka tak pernah memandangku.. mereka tak pernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat denganku sebagaimana kalian. Tetapi mereka begitu rindu kepadaku..."

Dengan penuh kasih syg Baginda berkata : "dan.. saksikanlah wahai sahabtku semua... AKU PUN RINDU KEPADA MEREKA...." "dan mereka, mereka yang mulia itu.......merekalah........ UMATKU"

Bayangkan pada saat itu Baginda menitiskan air matanya semua sahabat menangis.

Saudara-saudari sekalian, secara ikhlasnya renungkanlah bersama-sama:
Siapakah yang dirindui Baginda?
Siapakah yang selalu di doakan oleh Baginda setiap waktu??

Tolong tanya pada diri kita semua, pejamkan mata dan tanya pada hati masing-masing ..
Mulai saat ini, waktu ini.. marilah bersama-sama kita hadirkan rasa CINTA kepada NABI MUHAMMAD SAW... semoga kelak di hari akhirat kita akan mendapat SYAFAAT Baginda....

Khamis, 10 Februari 2011

Siri 5: Mulianya Pekerti Mu Ya Rasulullah

Rasulullah bergaul dengan semua orang. Beliau bergaul dengan berbagai strata sosial, baik kalangan bawah seperti budak, pengemis, anak-anak; maupun kalangan atas seperti pengusaha dan para tokoh.

Jika bergaul Rasulullah dapat menyesuaikan dengan lawan bicaranya dan memperhatikan bagaimana karateristik lawan bicaranya. Beliau juga bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi beliau tidak berkata kecuali yang benar saja.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud dan At Tirmidzi bahwa, suatu hari ada seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, “Ya Rasulullah, naikkan saya ke atas unta”.

“Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta.” kata Rasulullah.“Ia tidak mampu.” kata perempuan itu.

“Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta.

“Ia tidak mampu”.

Rasulullah menjawab, “Aku tidak bilang anak unta itu masih kecil, yang jelas dia adalah anak unta. Tidak mungkin seekor anak unta lahir dari ibu selain unta.” Para sahabat yang ada disitu tersenyum dan ia pun mengerti gurau Rasulullah.

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah, “Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu”.

“Semoga suamimu yang dalam matanya putih.” kata Rasulullah.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, “kenapa kamu ini?”

“Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih.” kata istrinya menerangkan.

“Bukankah semua mata ada warna putih?” kata suaminya.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi, bahwa seorang perempuan tua berkata kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam surga.”

“Wahai Ummi Fulan, surga tidak dimasuki oleh orang tua.”

Perempuan itu lalu menangis.

Rasulullah menjelaskan, “tidakkah kamu membaca firman Allah ini, ‘Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya’ (QS. Al Waqi’ah: 35-37).

Para sahabat Rasulullah suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na’im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Anas, bahwa seorang sahabat bernama Zahir, dia agak lemah daya pikirannya. Namun Rasulullah mencintainya. Zahir ini sering menyendiri menghabiskan hari-harinya di gurun pasir. Sehingga, kata Rasulullah, “Zahir ini adalah lelaki padang pasir, dan kita semua tinggal di kotanya”.

Suatu hari ketika Rasulullah sedang ke pasar, dia melihat Zahir sedang berdiri melihat barang-barang dagangan. Tiba-tiba Rasulullah memeluk Zahir dari belakang dengan erat. “Heii……siapa ini? lepaskan aku!” Zahir memberontak dan menoleh ke belakang, ternyata yang memeluknya Rasulullah.

Zahir pun segera menyandarkan tubuhnya dan lebih mengeratkan pelukan Rasulullah. Rasulullah berkata, “Wahai umat manusia, siapa yang mau membeli budak ini?” Zahir menjawab, “Ya Rasulullah, aku ini tidak bernilai di pandangan mereka” “Tapi di pandangan Allah, engkau sungguh bernilai Zahir.” kata Rasulullah.

Mau dibeli Allah atau dibeli manusia?” Zahir pun makin mengeratkan tubuhnya dan merasa damai di pelukan Rasulullah.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahwa Rasulullah juga pernah bersabda kepada ‘Asiyah, “Aku tahu saat kamu senang kepadaku dan saat kamu marah kepadaku.” Aisyah bertanya, “Dari mana engkau mengetahuinya?” Beliau menjawab, ” Kalau engkau sedang senang kepadaku, engkau akan mengatakan dalam sumpahmu “Tidak demi Tuhan Muhammad.”

Akan tetapi jika engkau sedang marah, engkau akan bersumpah, “Tidak demi Tuhan Ibrahim!”. Aisyah pun menjawab, “Benar, tapi demi Allah, wahai Rasulullah, aku tidak akan meninggalkan, kecuali namamu saja.”

Maha Suci Allah… Ketika itu, Rasulullah adalah seorang rasul, pemimpin umat dan pemimpin negara, tetapi cara bergaul atau bersosialnya tidak berubah hanya karena kedudukan.

Beliau bergaul sebagaimana sifat orang ‘jelata’ ketika berbicara dengan orang ‘jelata’, sebagaimana seorang ayah ketika bergaul dengan anak, sebagaimana seorang anak ketika bergaul dengan orang tua, sebagaimana seorang panglima ketika berjihad di jalan Allah, dan sebagainya.

Dengan kata lain, dalam hal aplikasi pergaulan ini beliau adalah seorang ‘Maha Profesor Psikologi’ dan ‘Maha Profesor Sosiologi’ secara bersamaan.