Sabtu, 24 Oktober 2009

Nurani Yang Sejahtera


Assalamualaikum wrt. Wbh.
SELAMAT DATANG KE LAMAN NURANI

Sidang pembaca yang budiman, terlebih dahulu saya amat berterima kasih kepada sidang pembaca sekalian yang telah sudi untuk melayari laman blog Nurani yang tak seberapanya ini.

Memang sukar untuk kita semua pada saat dan abad ini untuk membina keimanan dan kesejahteraan dalam diri, keluarga, masyarakat, negara....apatah lagi dunia seluruhnya.

Manusia punya hati dan citarasa yang berbeza-beza. Sekalipun kulit, laras dan warna rambutnya sama hitam. Ya, memang itulah sebenarnya hakikat hidup kita sebagai insan di bumi ini.

Namun yang memang pastinya ialah, semua manusia yang berakal waras tidak sekali-kali akan dapat menerima setiap bahawa setiap kezaliman dan kejahatan itu adalah baik untuk dirinya dan masyarakat seluruhnya.

Dengan memikirkan kepada natijah itu..harap-harapnya manusia berfikir banyak kali sebelum mengoperasikan sebarang langkah gerakan diri untuk melakukan kejahatan terhadap diri dan orang lain. Fikirlah....fikirlah....fikirlah natijah keputusan dari amalan itu nanti.