MAULID
berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada
kelahiran bayi.
Namun
dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad
iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.
Sejarah
ringkas
Sambutan
Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya
secara besar-besaran.
Mereka
bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan
ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.
Walau
bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas
perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah
seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.
Ia
berhenti diraikan sehingga Al-Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan.
Apabila
kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi
dihentikan. Namun
begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara
tertutup.
Pada
Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen 'Ali- Ibn
Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.
Muzafar
yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul
hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan
pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.
Setiap
kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah
yang telah didirikan.
Hujah
membolehkan Maulidur Rasul
Antara
ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan
Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.
Imam
Jalaluddin Sayuti:
"Ibadat
macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya
kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan
dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".
Sheikh
Dr. Yusuf al Qaradawi: "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat
Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.
"Ini
kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah
dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga
ingatan.
"Sa'd
bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan
mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka
mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.
"Oleh
kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak
perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.
"Bagaimanapun,
generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan
kesannya. "Dengan
itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika
Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna
meraikan hari kelahiran Islam.
"Maka
dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan
perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang
menceritakan akan sejarah Islam".
Antara
dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:
1)
Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad
saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang
diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A'raf: 157)
Keterangan:
Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk
dalam umum ayat tersebut.
2)
Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.
(Ibrahim: 5)
Keterangan:
Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW,
sesungguhnya baginda menafsirkan 'hari-hari Allah' adalah hari-hari nikmat dan
kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya
"kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar".
3)
Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi
berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada
orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab
mereka: "Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan
pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada
Tuhan".
Maka
Nabi berkata: "Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu".
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu
Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata,
bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur
memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya
hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.
-
Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan
puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.