Isnin, 21 Julai 2014

Assalamualaikum Wrt Wbh

Segala puji-pujian kehadhrat Allah SWT. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan SAW, para sahabat baginda RA, Ahli keluarga baginda, para tabi' dan tabi'in dan umat Islam seluruhnya.

Meniti usia kehidupan seharian adalah merupakan suatu getir dan mencabar bagi insan yang menghadapinya dengan pelbagai ujian dengan serba kekurangan dan susah payah. Sebaliknya pula ia merupakan suatu yang indah dan menyeronokkan bagi segolongan insan yang melaluinya dengan pelbagai kemewahan, kemudahan dan kesenangan. 

Demikianlah lumrahnya kehidupan dunia. Persoalannya ialah bagaimana caranya kita memandang, menghadapi dan menangani situasi itu di dalam hidup ini. Bersabarkah kita dalam menangani setiap ujian sukar dan perit itu? Pelbagai ragam hidup manusia yang kita saksikan di sekeliling kita. 

Kurangnya kesabaran menjerumuskan mereka ke daerah mungkar dengan perlakuan jenayah yang pelbagai. Ada yang merompak, meragut, rasuah, pecah amanah dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan